Kelemahan Kerajaan UMNO-BN yang berlarutan sehingga hari ini bukan bermula semasa zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Dalam fasa berlainan tampuk pemerintahan berada di bawah pimpinan Perdana Menteri berlainan, pertukaran rejim tidak pernah berlaku dan setiap pentadbirannya mempunyai permasalahan dan legasi tersendiri. Tetapi soal penting apabila ditinjau politik semasa bukanlah berkisar sekitar sumbangan seorang Perdana Menteri tetapi sejauh mana sebuah pentadbiran enggan memberi reaksi positif dan secara praxis kepada tuntutan rakyat dan masyarakat.
Dengan kata lain, politik hari ini haruslah dibicarakan dalam kerangka lebih besar yang melibatkan legitimasi sebuah rejim pemerintahan dan proses pembentukan legitimasi tersebut. Zaman Pak Lah biar pendek tetapi memperlihatkan beberapa percubaan untuk membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan masyaraka madani khususnya yang berkait dengan sistem perundangan. Zaman pendek tersebut juga memperlihatkan kegagalan pentadbiran Pak Lah dalam aspek kenegaraan yang penting khususnya yang berkait dengan pembaharuan institusi polis.

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam artikelnya berjudul "Politik Ketakutan Menjelang PRU-13: Tangan Ghaib Di Sebalik Institusi Polis Menghalalkan Budaya Samseng?" telah mempertikaikan samada Kerajaan UMNO-BN mengambil sikap membenarkan kewujudan keganasan samseng untuk mempertahankan rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat?
KPRU juga membangkitkan bahawa, bagi memisahkan kuasa politik daripada institusi polis, kini tiba masanya dibicarakan semula pembentukan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) bagi meyambung usaha zaman Pak Lah yang kemudian hari menemui kegagalan.
Penulis berpendapat, setelah Mahathir terpaksa mengundurkan diri ekoran lahirnya sebuah gerakan massa menuntut keadilan dan pembaharuan khususnya setelah zaman Mahathir menyaksikan kekejaman politik melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai ancaman kepada kelangsungan hayat kekuasaan Diktator M, rejim UMNO-BN berdepan dengan pertikaian legitimasi yang kuat sekali. Dalam keadaan sedemikian, Pak Lah cuba respons kepada sebahagian daripada tuntutan rakyat sebagai usaha memantapkan legitimasi rejim di bawah pentadbiran beliau.

Namun pertikaian legitimasi yang wujud khususnya semenjak gerakan Reformasi disambut hebat oleh rakyat sebagai lambang politik partisipasi apabila berdepan dengan kekejaman Diktator M telah memperlihatkan kepincangan pentadbiran Mahathir yang begitu besar sehingga pengunduran beliau hanya dapat meredakan kemarahan rakyat buat sementara waktu.
Kalau bukan kerana Pak Lah melakukan beberapa percubaan biarpun ditentang kuat oleh kelompok dalaman UMNO yang mendapat sokongan Mahathir, kebangkitan semula tuntutan rakyat pasti menumpaskan Kerajaan UMNO-BN dalam gelanggang pilihan raya.
Apabila dibandingkan zaman Mahathir dengan zaman Pak Lah, Mahathir lebih merupakan faktor kenapa Kerajaan UMNO-BN masih lemah sehingga hari ini. Tuntutan rakyat semenjak zaman reformasi sehingga hari ini bukanlah tuntutan politik per se, tetapi tuntutan pembaharuan secara menyeluruh khususnya yang berkait rapat dengan permasalahan ekonomi politik. Budaya negatif yang diterapkan sepanjang zaman pentadbiran Mahathir - politik naungan, kronisme, rent-seeking, pembaziran, rasuah dan banyak lagi - kini masih mengalir masuk dan keluar sistem pentadbiran Najib dengan mudah.

Hal ini bermaksud, kalaulah hendak dipertikaikan pemimpin mana yang patut bertanggungjawa kepada krisis kelangsungan hayat kekuasaan yang dihadapi Kerajaan UMNO-BN hari ini, pasti Mahathir berada dalam tempat pertama senarai tersebut. Tetapi, apa yang lebih penting untuk pemahaman kita hari ini ialah, zaman Najib telah memperlihatkan kelangsungan zaman Mahathir dengan sedikit perbezaan.
Perbezaan tersebut wujud daripada percubaan Pak Lah untuk respons kepada tuntutan zaman semasa. Namun, apa yang menjadi percubaan zaman Pak Lah kini dijadikan retorik zaman Najib yang tidak ikhlas. Sebabnya mudah. Najib mengongsi sifat kepemimpinan yang agak sama dengan Mahathir. Demi memanjangkan kuasa, pemimpin seumpama sanggup melakukan segala macam transformasi. Tetapi apabila berjaya memanjangkan kuasa nanti, sifat Diktator Mahathir akan kembali menyelubungi bumi Malaysia.

Kerana itu, percayalah, tanpa pertukaran rejim, dengan pengalaman kita yang dibatasi, kita bakal menyaksikan kemunculan semula keangkuhan sebuah parti politik yang hanya akan insaf apabila ia berada pada paksi oposisi. Lebih baik biar Najib memegang jawatan Ketua Pembangkang dan memperkaya sejarah tanah air dengan pertukaran rejim. Apabila Najib menjadi Ketua Pembangkang nanti, dapatlah Mahathir melakukan refleksi diri berhubung soal siapa yang melemahkan UMNO. Rakyat pasti minat dengan rumusan beliau nanti.
Yang penting sekali ialah, soal legitimasi dapat dibicarakan dalam konteks yang melibatkan rakyat terbanyak dan tidak lagi dimonopoli pemimpin dan kroni sebuah parti dominan bernama United Malays National Organisation. Apabila soal legitimasi terbuka kepada partisipasi rakyat terbanyak, hubungkait sistem kenegaraan dan legitimasi sebuah rejim pemerintah dapat dihalusi. Berpandukan pengalaman sistem dua gabungan parti yang bakal menjadi realiti pada peringkat persekutuan, pemahaman politik partisipasi rakyat tidak lagi terhad kepada rumusan yang dibuat oleh pemimpin negara. Pemimpin negara sehebat mana juga tidak lagi dipertuhankan.
Merdeka Review
No comments:
Post a Comment