Najib diingatkan agar tidak memperkecil konsep wasatiyyah.
KAJANG:
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawan hati 5,000 hadirin
apabila sanggup meneruskan ucapan dalam hujan renyai-renyai bersama para
hadirin malam tadi.
“Saudara basah saya basah, Wan Azizah (Wan Ismail) marah (sebab) dia
doktor,” kata Anwar ketika berucap di Stadium Kajang, sambil merujuk
kepada isterinya kerana terus berucap dalam keadaan basah.
Datuk Seri Najib Tun Razak turut dijadikan sasaran dalam ucapannya
kerana kegagalan Perdana Menteri membendung politik keganasan.
Ujar beliau, “tidak pernah di dalam sejarah negara ini kita lihat
keganasan berlaku secara berlebih-lebihan. Kes orang dipukul, dibaling
batu, senaman buntut, inikah yang dinamakan budaya Melayu?”
Senaman buntut budaya Melayu?
Senaman buntut budaya Melayu?
Dimanakah suara Najib?,” tanya Anwar sambil merujuk kepada kejadian
lontar batu dalam sesi ceramah di Lembah Pantai dan senaman buntut di
hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk S Ambiga bulan lalu.
Lantas beliau menasihatkan Najib agar tidak bersekongkol dengan pihak
yang menggunakan kaedah kekerasan dan keganasan dalam memperjuangkan
hak mereka.
“Najib, dengar pada abang kamu di sini. Jika nak memerintah jangan
bekerjasama dengan gangster. Hormatilah undang-undang jika tidak
kedudukan kamu selepas ini ialah sebagai Ketua Pembangkang,” kata Anwar
dengan nada sinis.
Beliau turut memberi jaminan tidak akan berdiam diri jika tuduhan sebegitu rupa dihadapi oleh ahli Pakatan Rakyat dan PKR.
Anwar berhujah bahawa ketiadaan tindakan dari Najib bermakna Najib
sedang memperkecilkan konsep wasatiyyah yang diperkenalkannya sendiri.
“Wasatiyyah merujuk kepada keseimbangan antara lelaki, wanita dan
alam…..kesederhanaan. Di dalam kerajaan pemimpin kena pikul
tanggungjawab. Tapi media penuh dengan fitnah dan seks,” jelas beliau.
Beliau mengkritik media milik Umno seperti TV3 dan Utusan Malaysia
yang begitu menumpukan perhatian terhadap fitnah seks yang dilontar
terhadap dirinya dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berbanding
dengan krisis hutang negara yang kian tenat.
No comments:
Post a Comment