Apakah institusi polis menghalalkan budaya samseng?
Menjejaki
langkah PilihanRaya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana
politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini,
bertambahnya insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi
atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok
negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk
Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat
pihak berkepentingan.
Sikap
ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah
menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam
masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di
samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu
petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut
kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas
kejadian seumpama?
Jadual 1 menunjukkan bahawa pencerobohan atau
perbuatan provokasi yang bersifat ganas berlaku setiap bulan sejak awal
tahun; kini telah menjadi satu trend samseng sengaja menimbulkan suasana
kecoh ketika Pakatan Rakyat (Pakatan) atau NGO mengadakan ceramah atau
aktiviti. Tujuan pencerobohan atau provokasi bukan sahaja untuk
mencetuskan huru-hara, tetapi juga menyebabkan penderitaan psikologi
kepada para hadirin yang menjadi mangsa kepada keganasan samseng-samseng
tersebut. Kini sikap kerajaan BN membenarkan kewujudan keganasan
samseng menimbulkan persoalan, apakah semua ini untuk mempertahankan
rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat?
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
Beberapa
individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin
mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu
yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang
kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu
sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
Terdapat
11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan,
termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari
kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian
lampu depan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Bangi
Kira-kira
30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar
kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.<1>
20 Mei
Minum Petang bersama Amiga/
Merlimau, Melaka
Dua
anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara
minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah
satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew
dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam
kumpulan itu.
11 Mei
Pulau Pinang
Kira-kira
30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan "upacara
pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang
bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak
2008.
6 Mei
Pahang
Ibu
Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya,
Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat
mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.<2>
2 Mei
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya
Tiga
orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan
Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai
oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana
Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri
berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.<3>
19 April
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
Sekumpulan
antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang
perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi.
Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah,
memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping
mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai
Protes
aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung
Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan
mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar
kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli
ditumbuk.
26 Mac
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor
Seramai
kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan
melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti
batu dan botol air ke dalam stadium.<4>
26 Febuari
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang
Seorang
samseng UMNO mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul
Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.<5>
26 Febuari
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
v Sekumpulan
samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan
menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang
jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi
keledar.
19 Febuari
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
v Lebih
100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan
gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun,
telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI
berucap.
v Di samping itu, sekumpulan samseng
yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta
DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
v Sekira-kira
20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi
mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula,
mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba
meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari
Kebebasan Akademik/ Klang
v Satu
ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas
sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum
ceramah bermula.
21 Jan
Ceramah ABU/ Shah Alam
v Penyokong
Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada
satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka
menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata
memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden
ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera
parah apabila diserang oleh UMNO dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri
Sentosa bagi menerima rawatan.
Pada
perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan
perlakuan ganas sesetengah pegawai polis yang bertugas. Sesetengah
wartawan tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan sesetengah
pegawai polis yang bukan sahaja, merampas dan menghancurkan kamera
wartawan, tetapi juga membelasah mereka.
Pada
tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana antara
konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada
prinsip keadilan untuk semua kaum.<6> Menerusi konsep 1Malaysia,
nilai murni didokongi oleh nilai hormat-menghormati antara semua kaum.
Pada 16 April 2012<7>, Perdana Menteri juga mengumumkan
transformasi negara melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP)
yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta
Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri,
penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan, dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej
Universiti. Akan tetapi, transformasi yang didambakan oleh kerajaan BN
di bawah naungan Perdana Menteri Najib Razak hanyalah berbaur retorik
berikutan peristiwa-peristiwa semasa.
Transformasi Hak Asasi, Angan-angan Siang?
Transformasi
yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri bersifatkan retorik apabila
diingatkan semula kepada insiden keganasan polis terhadap bukan sahaja
peserta perhimpunan aman BERSIH 3.0, malah kepada para wartawan yang
meliputi perhimpunan tersebut. Kerajaan BN dilihat menghalalkan
perlakuan melampau sekelompok polis semasa menjalankan tugas.
Polis
pula pasca perhimpunan BERSIH 3.0 telah mengeluarkan gambar-gambar para
peserta yang dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang
awam serta merosakkan harta benda ketika berlangsungnya perhimpunan
tersebut.
Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa
tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang meliputi
perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai sebahagian daripada garis panduan operasi
polis (SOP). Ironinya, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein
menyatakan sebaliknya.<8>
Ini telah menanam perasaan tidak
puas hati dan marah di kalangan rakyat yang merasai Menteri Dalam Negeri
dan Ketua Polis Negara tidak berada dalam muka surat yang sama mengenai
apa itu SOP polis menangani perhimpunan aman. Lantas, ketidakpercayaan
terletak pada polis untuk menjalankan tugas mereka sebagai penjaga
keamanan dalam negara. Pelepasan tembakan ke arah peserta perhimpunan
BERSIH 3.0 merupakan kesalahan polis kerana ini mengakibatkan tindak
balas rantai yang memburukkan lagi keadaan sewaktu perhimpunan BERSIH
3.0. Sementara itu, apakah Menteri Dalam Negeri dengan mengeluarkan
kenyataan yang bertentangan, cuba menghalalkan budaya keganasan selagi
rejim UMNO dapat dipertahan?
Walaupun dengan kemajuan
sosio-ekonomi yang dinikmati oleh negara bertahun lamanya, semua itu
hanyalah sebuah retorik apabila demokrasi rakyat dilanyak oleh kerajaan
yang rakus dalam memegang kuasa yang dinikmatinya melebihi setengah abad
lamanya. Pemodenan bukan sahaja dari segi pembangunan ekonomi dan
industrialisasi, ia seiringinan dengan kebebasan rakyat menikmati
hak-hak sebagai rakyat negara ini. Fahamkah pemimpin UMNO erti sebenar
pembangunan dan pemodenan? Penghalalan Kekejaman Polis di bawah Akta Perhimpunan Aman
Peruntukan
seperti Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman memberikan kuasa budi bicara
terlampau kepada polis untuk menangani perhimpunan aman, terutamanya
perhimpunan BERSIH 3.0, di mana, kelakuan melampau sesetengah pegawai
polis dihalalkan oleh seksyen ini. Lantas, peruntukan seperti Seksyen
20 tidak mencerminkan masyarakat bertamadun mahupun masyarakat yang
berwawasan 2020 ataupun bercirikan semangat 1Malaysia. Mengapa Perdana
Menteri 1Malaysia terus membisu dalam hal ini?
Akibat
keganasan polis yang tidak mengenali bangsa, agama, umur dan jantina,
113 orang menerima rawatan hospital di Hospital Kuala Lumpur. Mereka
terdiri daripada 40 orang lelaki dan 25 orang wanita. Seorang
daripadanya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami
oleh polis.<9>Di antara yang tercedera termasuklah wartawan.
Lantas, mencemari lagi nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja
dalam negara, malah di luar negara juga.
Kesan kekejaman
sesetengah pegawai polis ke atas rakyat Malaysia yang tidak berdosa
hanya menambah minyak ke dalam api yang sedang membara. Rakyat kini
tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada institusi polis untuk
mengekalkan keamanan dalam negara selagi rejim yang menghalalkan budaya
keganasan terus berkuasa. Malah, insititusi polis kini dilihat sebagai
hamba kerakusan kerajaan BN. Rakyat menghormati institusi polis yang
profesional dan cintakan rakyat, bukan institusi yang dihambakan oleh
rejim yang sedang kehilangan kuasa akibat kekejamannya menekan rakyat.
Transformasi
atau slogan 1Malaysia yang begitu didahagakan oleh rakyat bukanlah
hanya sebuah retorik. Akan tetapi, kehendak rakyat tidak perlu kekal
sebagai retorik. Perubahan rejim dapat menangani masalah integriti dan
kepercayaan rakyat kepada polis semula, antara cabarannya adalah untuk
mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM,
Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada
sistem pentadbiran kerajaan.
Sebuah kajian oleh Transparency
International bagi tahun 2012 menerbitkan sebuah laporan di mana di
antara semua institusi di Malaysia, institusi polis merupakan di antara
institusi negara yang paling tidak bersih. (sila lihat Jadual 2)
Jadual 2: Pendapat Orang Awam mengenai Institusi Dalam Negara Terkotor (10)
Menurut
Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, polis tidak akan mngambil
tindakan terhadap para peniaga yang membuka gerai menjual burger di
hadapan rumah Ambiga Sreenevasan kerana menurut beliau, tindakan
peniaga-peniaga tersebut bukansuatu tindakan pencerobohan privasi
Ambiga. Beliau bersambung bahawa pembukaan gerai tersebut dilakukan di
kawasan orang awam lantas tidak mengganggu privasi Ambiga.<11>
Sikap
pihak atasan polis bertindak prejudis terhadap Ambiga mencerminkan
bahawa institusi polis berada dalam poket kerajaan BN yang sering
menyalahkan Ambiga ke atas perhimpunan BERSIH 3.0. Berlakunya perlakuan
"double standard" apabila polis sehingga kini gigih mencari
dan menghukum peserta perhimpunan BERSIH 3.0 tapi pada masa yang sama
gagal menghukum pegawai polis yang berlaku ganas sewaktu perhimpunan
BERSIH 3.0 dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap demonstrasi
"punggung" oleh veteran tentera, gangguan-gangguan oleh pihak-pihak
tertentu dan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang melakukan pencerobohan
privasi ke atas Ambiga dan keluarga beliau.
Pendeknya, di mana
integriti institusi polis apabila mereka yang terlibat dengan budaya
samseng dibiarkan tetapi yang cintakan negara dan mahukan pembaharuan
yang lebih baik dihukum?
Prejudis "double standard" ini
juga berlaku apabila baru-baru ini pihak polis tidak mengambil sebarang
tindakan terhadap para pengganggu<12> yang bukan sahaja
mengakibatkan kacau bila di satu acara Parti Keadilan Rakyat (KEADLAN)
di Lembah Klang yang melibatkan lontaran bata yang mencederakan dua
orang yang hadir di acara KEADILAN tersebut dan lontaran telur oleh
penyokong UMNO.
Pada April 19 yang lalu<13>, aktivis
mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka telah diserang oleh
sekumpulan samseng di mana pihak polis yang hanya berada beberapa meter
dari tempat kejadian bergerak perlahan sambil melihat keganasan oleh
kumpulan samseng ke atas mahasiswa tersebut. Serangan oleh kumpulan
samseng itu menyebabkan seorang mahasiswa terpaksa dikejarkan ke
hospital akibat dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut.
Nyata
sekali Perkara 8 Perlembagaaan Persekutuan tidak dihormati oleh
sesetengah pegawai polis dan apakah wujud tangan ghaib di belakang
institusi polis yang membenarkan serangan ke atas kesucian undang-undang
negara ini dan demi memegang kuasa sebagai kuasa politik memerintah
negara ini?
Integriti institusi polis haruslah dipelihara dengan
cara bukan sahaja membasmi gejala rasuah, tetapi dengan memisahkan
kuasa politik dan tugas utama polis; iaitu menjaga keamanan negara dan
rakyat negara. Tugas polis bukan untuk menjaga kepentingan rejim tetapi
kepentingan rakyat dan negara. Demi mengembalikan kepercayaan rakyat
kepada institusi polis, pembersihan dari virus rasuah adalah perlu untuk
membawa kepada pemisahan campur tangan politik ke dalam institusi
polis.
Walaupun Ketua Polis Negara Ismail Omar berpendapat bahawa
Majlis Peguam "menghukum"<14> institusi polis kerana membantah
sekeras-kerasnya kekejaman polis sewaktu perhimpunan aman BERSIH 3.0; ia
adalah tugas institusi polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan
rakyat dan bukannya menyerang rakyat yang berhimpun dengan aman dengan
tujuan yang jujur. Dan untuk menghadapi PRU-13, pihak polis perlu
mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dengan serta
memupuk politik dan budaya samseng.
Tindakan polis berikutan
peristiwa-peristiwa semasa menggambarkan tangan ghaib di belakang
institusi polis begitu dambakan kuasa sehingga melupai dan tidak
mengendahkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa
semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Penghormatan
kepada Perkara 8 yang sewajarnya adalah untuk mengembalikan kepercayaan
rakyat Malaysia terhadap institusi polis negara. Ia tidak mustahil
untuk dilakukan. Ia cuma persoalaan sama ada institusi polis negara
atau PDRM ingin memikul tanggungjawab dan melakukan apa yang betul untuk
mencari dan menghukum sekelompok samseng yang sering membuat kacau
bilau seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di atas lantas memberi
ketelusan peluang kembali kepada integriti institusi polis negara.
IPCMC Harapan Transformasi Polis?
Bagi
memisahkan kuasa politik daripada institusi polis, kini tiba masanya
dibicarakan semula pembentukan Independent Police Complaints and
Misconduct Commission (IPCMC) pasca perhimpunan BERSIH 3.0. Suruhanjaya
ini merupakan suatu keperluan sebelum PRU-13 untuk mengembalikan
kepercayaan institusi polis. IPCMC merupakan suatu badan yang bebas
<15>, adil dan tegas menyiasat segala perbuatan yang melanggar
undang-undang oleh pihak polis dan mana-mana agensi yang berkenaan dan
kadangkala, jika merupakan suatu keperluan; memerintahkan hukuman bagi
perbuatan yang melanggar undang-undang ini. Rakyat amat memerlukan
suatu proses di institusikan untuk menangani penyelewengan oleh
agensi-agensi pihak berkuasa, khususnya yang melibatkan kuasa politik.
Akan tetapi, sehingga kini, harapan ini masih tidak diendahkan oleh
kerajaan BN.
Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
kelihatan sebagai hanya sebuah slogan yang retorik apabila Tengku Adnan
B. Tengku Mansor, Setiausaha Agong UMNO dalam memberi pendapat mengenai
pembangunan politik di negara jiran, Indonesia mengeluarkan kenyataan
bahawa "...salah satu masalah denganIndonesia adalah terdapat kebebasan
yang terlalu banyak." <16> Ini merupakan suatu fakta yang
merisaukan apabila seorang ahli politk berpendapat terdapatnya terlalu
kebebasan dalam sebuah negara apabila ia sudah dinyatakan di dalam
Perlembagaan Persekutuan hak-hak asasi rakyat Malaysia seperti kebebasan
untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata serta kebebasan
bersuara merupakan hak setiap rakyat Malaysia. Jenis kenyataan ini oleh
seseorang yang berpengaruh yang memberi ruang kepada pihak polis untuk
bertindak sebegitu prejudis dan bersifat politik.
Tangan ghaib di sebalik institusi polis?
Apabila
kita membicarakan kuasa polis, kita membicarakan SOP polis dalam
menangani situasi berkenaan keamanan dan keselamatan rakyat dan negara.
Ketua Polis Ismail Omar<17> sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa
tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat
liputan perhimpunan BERSIH 3.0 bukan sebahagian daripada SOP.
Apabila
institusi polis tidak menghormati Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,
tidak memberikan perlindungan yang sama rata kepada semua rakyat negara
tidak kira agama, kaum, dan pemahaman politik, "mesra, cekap dan
beramanah", tangan ghaib di belakang tadbir tindakan polis menjadi
persoalan. Ia adalah tangan ghaib yang menghalalkan sekumpulan samseng
membelasah kumpulan mahasiswa yang mendirikan khemah di Dataran
Merdeka. Ia juga merupakan tangan ghaib yang menghalalkan sekelompok
samseng yang sering membuat kacau bilau semasa ceramah.
Bicara
kembali ke atas serangan ganas kumpulan samseng ke atas mahasiswa Occupy
Dataran mendatangkan persoalan samada hak-hak asasi mahasiswa tersebut
tidak dilindungi oleh undang-undang apabila pihak polis mengambil
tindakan lambat justeru membenarkan serangan ganas tersebut. Pihak
polis telah menjalankan siasatan efektif dan pantas ke atas Irene
Fernandez berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak selamat untuk
pekerja asing yang memasuki Malaysia untuk bekerja, akan tetapi
ketiadaan tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang tidak putus
mengganggu acara-acara pihak oposisi dan NGO serta
perhimpunan-perhimpunan aman rakyat mempersoalkan di manakah terletaknya
kuasa melindungi keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.
Permainan
politk yang jijik telah melihatkan kuasa polis dipermainkan oleh
Kerajaan BN untuk menghukum rakyat yang menyuarakan ketidakpuashatian
mereka ke atas pentadbiran dan pada masa yang sama melindungi
pihak-pihak yang jelasnya melanggari kesucian perundangan negara yang
sedia ada. Tangan ghaib di sebalik institusi polis telah mencemari
integriti institusi polis apabila Kementerian Dalam Negeri dan institusi
polis tidak berada dalam pemahaman yang sama mengenai perundangan.
Tangan ghaib ini juga yang bertanggungjawab ke atas kegagalan polis
menjaga keselamatan rakyat negara dari budaya samseng yang menyerap ke
dalam permainan politik kotor. Apabila keselamatan rakyat terancam dan
pihak polis mengutamakan gangguan terhadap tokoh politik pembangkang,
nilai integriti institusi polis sudah hilang maknanya.
Campur
tangan politik ke dalam polis sudah lama berlaku dalam negara untuk
memastikan kuasa pemerintah dilindungi. Campur tangan politik dan polis
tidak hanya berlaku dalam negara. Malah, ia sudah lama dilaporkan
perkara yang sama berlaku di luar negara. Akan tetapi, perkara seumpama
tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Dalam sebuah laporan luar negara,
Suruhanjaya Wickersham 1931<18>, campur tangan politik dan
institusi polis telah diringkaskan seperti berikut:
"...tidak
syak lagi ini pengaruh politik tidak dapat dielakkan dalam apa-apa
berhubung di mana jumlah wang yang sangat besar yang akan dibuat oleh
kawalan manipulasi pentadbiran, dan di mana naungan dan melaluinya
gangguan atau tidak campur tangan dengan aktiviti yang sangat
menguntungkan boleh dibuat untuk menghasilkan dana yang besar bagi
organisasi politik dan sebagai bermakna kepada kuasa politik. Dalam
penguatkuasaan politik larangan campur tangan tegas dari awal, kedua-dua
dalam pemilihan kakitangan organisasi menguatkuasakan dan dalam
butir-butir operasi."
Petikan asal berbunyi seperti berikut: -
"...no
doubt this influence of politics isinevitable in any connection where
very large sums of money are to be made by manipulation of
administration, and where control of patronage and through it of
interference or noninterference with highly profitable activities may be
made to yield huge funds for political organizations and as means to
political power. In the enforcement of prohibition politics intervened
decisively from the beginning, both in the selection of the personnel of
the enforcing organization and in the details of operation."
Kenyataan
tersebut memberitahu bahawa campur tangan politik dan institusi polis
merupakan perkara semula jadi kerana menurut Aristotle, "manusia adalah
haiwan berpolitik". Petikan tersebut juga menyatakan bahawa akibat
campur tangan politik ke dalam institusi polis tidak dapat diselami atau
difahami oleh pihak yang memanipulasi institusi polis demi menjaga
kuasa politik mereka kerana pada akhir hari, yang akan merasai akibatnya
adalah rakyat dan negara secara keseluruhan.
Selepas semua telah
dikatakan dan dilakukan, manipulasi politik ke dalam institusi polis
sendiri yang bertindak sebagai ancaman kepada keamanan dan keselamatan
rakyat dalam negara. Transformasi Perdana Menteri melalui slogan
1Malaysia serta penggubalan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman
2012 dan pemindaan Atka Mesin Cetak dan Penerbitan, pembatalan 3
Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta
Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri akhirnya menjadi transformasi
kosong.
Penutup Kata
Campur tangan
politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk
menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat
dalam negara. Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila
mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak
berpolitik. Bagi mengembalikan kredibiliti mereka sebagai institusi
polis negara, maka perlu adanya pemisahan kuasa yang nyata dari campur
tangan politik dan polis. Perkara ini tidak boleh dirundingkan kerana
pengabaian pelanggaran hak asasi rakyat oleh institusi polis menghala ke
suatu keadan yang kritikal di mana rakyat sudah tidak boleh ditipu dan
kebenaran sudah tidak boleh dimanipulasikan sejak adanya perkhidmatan
internet yang bebas dan media alternatif.
Perbincangan atas
mengutarakan langkah-langkah polis untuk menebus profesionalisme polis
dan PDRM mempunyai tanggungjawab menghormati kehendak rakyat. Tidak
mengendahkan kehendak rakyat hanya merugikan PDRM kerana pasca
pilihanraya umum, rakyat mempunyai kuasa untuk menukar mana-mana pihak
atasan PDRM yang bersekongkol dengan kuasa politik yang korup kerana ia
sudah dilupai oleh PDRM, PDRM merupakan penjawat awam yang berkhidmat
untuk rakyat dan bukannya mana-mana pihak politik.
Kalau tidak
wujud tangan ghaib, pihak polis sewajarnya mengambil tindakan segera
berhubung insiden keganasan politik bersifatkan budaya samseng. Maka
penghormatan diberikan kepada institusi polis yang berpegang teguh
kepada integriti, profesionalisme dan pengasingan kuasa polis dengan
kuasa politik. Polis cintakan rakyat. Rakyat sanjung polis.
No comments:
Post a Comment