Menurut bekas Mufti Perlis, pendakwah Islam di
Malaysia tidak mengikut asas pendakwahan sepertimana yang tertera di
dalam al-Quran
PETALING
JAYA: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur
usaha pendakwahan Islam di Malaysia dan menganggap menjurus kepada
pembaziran wang.
Beliau membandingkan dengan usaha pendakwahan Kristian di Britain
yang berasaskan pemberian khidmat kepada masyarakat berdasarkan akal
fikiran.
“Jika kita hendak menawan manusia, tawanlah akal dan jiwanya. Maka, nanti ajaran ini akan meresap ke dalam dirinya
“Agama yang dianugerahkan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam tidak disebarkan dengan kesungguhan. Jika disebarkan pun, ramai yang menggunakan pendekatan yang salah.
“Orang Islam bukan tidak ada wang. Namun mereka telah bazirkan kepada
perkara-perkara yang tidak kena tempatnya. Pergilah lihat kepada
surau-surau yang dibina oleh jabatan-jabatan agama untuk Orang Asli di
Malaysia, sebahagiannya menjadi tempat binatang-binatang bersolat. Tiada
petugas yang menjaga.
“Bukan sahaja kebajikan Orang Asli, tetapi surau yang dibelanjakan
oleh wang zakat itu pun dibiarkan begitu sahaja. Jangan tanya kosnya
yang mungkin melebihi harga patut. Namun jika kita ke kawasan pendalaman
Thailand umpamanya, kita akan dapati ramai pendakwah muda Kristian yang
berasal dari Barat yang sanggup tinggal beberapa tahun untuk
menyebarkan agama mereka.
Hujah akal dan jiwa
Beliau berkata demikian dalam artikel terbarunya yang diterbitkan semalam bertajuk Islam Yang Dihilangkan Kelunakakannya.
Menurutnya Mohd Asri, pendekatan dakwah mesti berasaskan hujah akal dan jiwa.
“Islam agama yang berbicara kepada akal dan jiwa manusia. Nas-nas
Islam berhujah dengan akal manusia, dan dalam masa yang sama memujuk
mereka.”
“Banyak nas al-Quran dan hadis yang mengajar kita untuk melakukan
pendekatan yang lunak dalam menyeru orang lain kepada kebenaran.Bukan
melalui paksaan. Bukan dengan kekerasan. Bukan dengan cercaan,” katanya
sambil merujuk kepada Surah at-Taubah.
Kaedah pendakwahan masyarakat Kristian di Britain beliau dapati, dibuat dengan keterbukaan dan kasih sayang.
“Bicaranya penuh dengan keterbukaan dan kasih sayang. Mereka sering
mengulangi ayat bahawa kita hanya ingin berkongsi pendapat, dan
menyebarkan mesej yang baik. Kita tidak ingin memaksa orang lain menjadi
Kristian tetapi ingin berkongsi dengan mereka. Bertukar pandangan
tentang Tuhan dan berkongsi isu-isu kemanusiaan.”
Kristian bakal memuncak di China
Hasilnya banyak anggota masyarakat Cina di Britain menjadi Kristian.
Berdasarkan pemerhatiannya, beliau yakin bahawa negara China pada masa
hadapan mampu menjadi negara yang paling ramai orang Kristian.
“Demikianlah pihak gereja. Mereka amat bijak apabila melihat
perkembangan China hari ini. Mereka mengambil peluang yang ada. Jika
masa depan China seperti yang diramalkan, sekali lagi Kristianiti berada
di puncak.”
Di samping itu, beliau turut menyalahkan peranan sesetengah pihak yang mempolitikkan hubungan golongan Islam dan bukan Islam.
Ajaran-ajaran agama ini yang dibuat oleh sesetengah pihak hanya
memilih nas-nas yang ungkapkan oleh al-Quran dan hadis dalam suasana
peperangan tapi cuba dilaksanakan dalam suasana aman dan manusia
mencapai tahap perubahan yang seperti ini.
“Sedangkan nas semasa aman dan nas semasa perang tidak sama. Hasilnya, ramai bukan Muslim gagal melihat wajah Islam yang asal.
No comments:
Post a Comment