BN sedang membuat helah untuk menipu rakyat supaya mereka menang dalam pilihan raya umum, kata bekas tokoh veteran Umno.
PETALING
JAYA: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata,
beliau tidak akan menyertai semula Umno dan mendakwa parti itu tidak
lagi suci.
Beliau juga mendakwa, BN sedang membuat helah untuk menipu rakyat supaya mereka menang dalam pilihan raya.
“Orang sudah lupa perjungan mulia ini, pemimpin mula lupa diri, banyak main drama dengan rakyat, berjumpa rakyat sudah menjadi beban dan mencuri duit rakyat.
“Orang sudah lupa perjungan mulia ini, pemimpin mula lupa diri, banyak main drama dengan rakyat, berjumpa rakyat sudah menjadi beban dan mencuri duit rakyat.
“Mereka ambil bilion wang rakyat, ambil kontrak secara rundingan terus dan terpaksa lulus macam-macam.
“Waktu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya sudah tidak tahan dan
saya berhenti kerana tidak tahan dengan perangai buruk,” kata bekas
veteran Umno itu ketika berceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Bekas menteri penerangan itu mengambil tindakan keluar Umno baru-baru
setelah 60 tahun dalam parti termasuk memegang pelbagai jawatan parti
dan kabinet.
Abdul Kadir berkata, keputusan beliau keluar Umno mendapat sokongan
bekas timbalan menteri dan bekas timbalan menteri serta ketua-ketua
bahagian Umno.
Katanya, dalam pilihan raya umum 2008, beratus ribu penyokong Umno telah mengundi Pakatan Rakyat.
“Keputusan saya keluar Umno mendapat sokongan ratusan ribu ahli Umno
dan mereka menyatakan kekecewaan kerana saya berhentiu,” tambah beliau.
No comments:
Post a Comment