LARGE CROWD WELCOMES ANWAR AT BAHAU & DESARU, SIKAMAT, SEREMBAN - in Malay

HEBAT sekali sambutan rakyat di Bahau, Negeri Sembilan sewaktu kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri, Bahau malam tadi sempena perasmian Bilik Gerakan KEADILAN Dun Jeram Padang. Dun Jeram Padang kini diwakili oleh Wakil Rakyat dari MIC, maka tidak hairanlah malam tadi kehadiran kaum India di luar jangkaan samasekali. 
Boleh saya katakan, majoriti yang hadir malam tadi adalah dari kaum India, keduanya Melayu. Kaum Cina juga turut hadir kerana Wakil Rakyat Bahau adalah dari DAP. Kehadiran DS Anwar membuatkan Umno di Taman Bahau terpaksa mengadakan Tahlil dan jamuan pada malam tadi. Mungkin juga seperti kata seorang rakan saya Umno Taman Bahau malam tadi mengadakan `Talkin' untuk Umno. 
 DS Anwar mula berucap lebih kurang jam 09.00 malam dan berhenti sejam kemudiannya kerana beliau akan ke program ceramah di Sikamat, Seremban pula. Meskipun publisiti kunjungan DS Anwar ke Taman Desa Puteri ini agak kurang, namun kehadiran yang dianggarkan tidak kurang dari dua ribu orang sudah cukup untuk membuktikan Dun Jeram Padang bakal menjadi milik PR. Rata-rata yang hadir ternyata berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Ketua Umum KEADILAN itu. Isu-isu yang disentuh di antaranya adalah isu PTPTPN, isu fitnah ke atas beliau dan pimpinan PR, isu rasuah dan berbagai lagi isu semasa. 
Saya dapat memerhatikan beberapa wajah penyokong kuat Umno kawasan tersebut turut hadir. Saya tabik Umno kawasan tersebut kerana mengamalkan demokrasi bersih tanpa provokasi atau gangguan sepertimana di beberapa tempat lain. Dun Jeram Padang bakal memberikan satu lagi kerusi buat PR di dalam PRU akan datang bagi membantu PR merampas Negeri Sembilan dari tangan Umno/Bn, InsyaAllah. - wfaudzin Ini lah sambutan yang DS Anwar terima di Desaru, Sikamat, Seremban: 


No comments: