Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan
Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang
hadir sejak jam 4 petang tadi.
Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.
Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini.
Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka.
Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium.
Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan.
Walau bagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium.
Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.
Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya.
Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Sukar untuk dianggar berapa jumlah sebenar kehadiran pada waktu ini.
Cukuplah gambar-gambar ini memberi gambaran sebenar kepada pembaca Harakahdaily.
Himpunan Hijau ke Putrajaya... Wah, lebih 100,000 hadir!
Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman
Bekas KSU Tanah dan Koperasi sertai PAS ...Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.
Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini.
Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka.
Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium.
Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan.
Walau bagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium.
Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.
Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya.
Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Sukar untuk dianggar berapa jumlah sebenar kehadiran pada waktu ini.
Cukuplah gambar-gambar ini memberi gambaran sebenar kepada pembaca Harakahdaily.
Himpunan Hijau ke Putrajaya... Wah, lebih 100,000 hadir!
Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.
Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13.
Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.
Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.
Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam.- harakahdaily
Rais Yatim, tolong kira berapa ramai hadir himpunan hijau Pas ke Putrajaya...
No comments:
Post a Comment