SPRM sering kali berbangga bahawa ia merupakan
sebuah institusi bebas yang bertanggungjawab untuk membenteras rasuah
tanpa rasa takut maupun pilih kasih.
Pengumuman serentak pada 31 Mei oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) berikutan tiga isu rasuah sekali lagi menjadi tumpuan
kritikan terhadap integriti dan kebebasan institusi itu.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di mana suami dan
anak-anaknya dianugerahi projek mewah kerajaan bernilai RM250 juta
beberapa tahun lalu didapati tidak bersalah setelah beberapa bulan
projek itu dilanda kontroversi.
Tetapi kes tuduhan rasuah 17 tahun yang lampau terhadap Timbalan
Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang dibuang dari siasatan lanjut pada
ketika itu kerana kekuangan bukti, secepat kilat dibuka semula untuk
siasatan lanjut berikutan pendedahan seorang blogger dalam laman webnya.
Namun tidak pula terdapat perkembangan lanjut mengenai siasatan
terhadap ketua menteri Sabah dan Sarawak setakat ini berhubung skandal
rasuah mereka yang terkenal di seluruh dunia dan terus menerus terdedah
di alam siber.
Seolah-olah masih tidak cukup dengan sikap “double standard” ini
terhadap golongan yang menentang, Bank Negara pula tampil ke dalam
gelanggang untuk menyoal siasat dan menyaman orang yang memberi maklumat
tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang kerap kali mendedahkan
pelbagai penyelewengan dari sudut kewangan dan undang-undang projek
itu, disoal siasat kerana melanggar Akta Institusi Kewangan dan
Perbankan (Bafia) kerana mendedahkan butiran individu-individu utama
dalam skandal itu.
Pelbagai skandal
Biar saya menyentuh secara ringkas skandal-skandal ini.
Keputusan SPRM membebaskan Shahrizat dari sebarang salah laku mencetuskan tanda tanya.
Timbul persoalan sama ada seorang penjawat awam mulai sekarang boleh
secara terbuka melakukan rasuah selagi projek kerajaan ini diletakkan
di bawah nama isteri dan anak-anaknya?
Mungkin ada orang bertanya, jika seorang suami atau isteri menteri dan keluarga boleh secara sah menerima “durian runtuh” atau “layanan istimewa” dari kerajaan melalui hubungan dengan mana-mana menteri, kenapa saya tidak boleh berbuat perkara yang sama?
Tidakkah peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini
secara tidak langsung membuka jalan untuk berlakunya perbuatan rasuah
di kalangan penjawat awam?
Apa itu sebenarnya yang ditakrifkan sebagai rasuah?
Selain dari perbuatan yang jelas, memberi dan menerima sogokan,
mengambil dan memberi sokongan (yang tidak sepatutnya diberi) melalui
salah guna kuasa, atau campur tangan dengan motif yang tidak betul juga
dianggap rasuah.
Adalah penting untuk mengingatkan kita bahawa (Ketua Pembangkang)
Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun hanyasanya kerana
beliau didakwa campur tangan dalam siasatan polis dalam tuduhan salah
laku seksual.
Dalam hal ini, jelas berlakunya ketidakadilan, kerana bukti
pendakwaan pihak pendakwaraya berhubung salah laku seksual didedahkan
di mahkamah adalah hanya main-main (olok-olok), hingga menyebabkan
hakim secara tergesa-gesa membuang semua bukti yang relevan
untuk menyelamatkan kes pendakwaan dari menemui jalan buntu.
untuk menyelamatkan kes pendakwaan dari menemui jalan buntu.
Saya menyebut bahawa kes Anwar menunjukkan sejauh mana SPRM telah
menyeleweng dari intergritinya berhubung definasi undang- undang kita
tentang rasuah.
Keluarga Shahrizat diberi projek nasional yang ulung untuk
membangunkan industri pengeluaran dan pembekalan daging lembu di negara
ini di mana mereka menerima RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah dan
geran bernilai RM13 juta.
Mereka diberi kemudahan ini walaupun tidak layak – tidak mempunyai
kemahiran atau kemampuan dari segi kewangan untuk memenuhi misi ini.
Projek ini akhirnya gagal kerana sedikit sekali jumlah daging lembu yang dapat dihasilkan.
Geran dan pinjaman
Sementara itu, pada masa yang sama keluarga Shahrizat membelanjakan
beratus juta ringgit dari geran dan pinjaman itu untuk membeli aset-aset
yang tidak ada kaitan dengan projek itu.
Mereka menggunakan wang itu untuk membeli kondominium mewah dan
premis perniagaan, tanah strategik, kereta mewah, restauran mewah. Di
samping itu, setiap ahli keluarga menerima gaji yang sangat tinggi
setiap bulan.
Kepada orang biasa, kes ini jelas perbuatan rasuah, tetapi tidak
dengan SPRM. Setelah menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk
beberapa bulan atas alasan tidak ada elemen rasuah, SPRM akhirnya
tunduk kepada tekanan orang ramai dan bersetuju untuk menyiasat.
Selepas berhenti selama beberapa bulan, SPRM akhirnya membuat keputusan bahawa Shahrizat tidak bersalah.
Bolehkah dipercayai siasatan ini apabila Rafizi dan rakan-rakannya
yang secara konsisten mendedahkan bukti-bukti baru mengenai
penyelewengan dalam NFC tetapi tidak pula dipanggil untuk diwawancara,
walaupun sekali, oleh SPRM untuk mendapatkan kenyataan mereka.
Adakah keluarga Shahrizat akan diberi projek yang penting ini jika
beliau bukan ahli kabinet yang terdiri daripada para pembuat keputusan,
memandangkan bahawa keluarganya tidak mempunyai merit untuk layak
mendapatkan projek itu?
Jelas bahawa, keistimewaan yang diberi kepada Shahrizat dalam
kedudukannya sebagai ahli politik yang menjadi sekutu dalam kepemimpinan
Umno.
Berdasarkan layanan istimewa ini, keluarganya menikmati pelbagai
kemudahan dan faedah, kemudahan yang Shahrizat tidak boleh menepis atau
mengasingkan diri daripadanya.
Jika layanan istimewa dan faedah kewangan yang diterima oleh
Shahrizat dan keluarganya, tidak disifatkan sebagai rasuah maka apakah
ini?
Selain daripada Shahrizat yang memberi jawapan terhadap amalan
rasuah, petualang-petualang yang lebih besar ialah para pembuat
keputusan yang memberi projek ini.
Najib, Muhyiddin bertanggungjawab
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri
Muhyiddin Yassin, kedua-duanya bertanggungjawab untuk menjelaskan kenapa
dan bagaimana mereka boleh mencapai keputusan itu.
Najib ialah pengerusi jawatankuasa projek berimpak tinggi dan Muhyiddin pula pada ketika itu menteri pertanian.
Selagi mereka tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan maka mereka
juga dilihat sebagai bersalah kerana menyalah guna kuasa dan rasuah.
Setakat yang kita tahu, SPRM belum lagi membuat siasatan ke arah ini.
SPRM sering kali berbangga bahawa ia merupakan sebuah institusi bebas
yang bertugas untuk membenteras rasuah tanpa rasa takut maupun pilih
kasih. Kini adalah masanya untuk membuktikan integriti mereka itu.
Soalan seterusnya ditujukan kepada SPRM. Adakah kamu berani
menjalankan tugas untuk mencari kebenaran daripada Najib dan Muhyiddin,
yang jelas merupakan petualang-petualang dalam skandal ini.
Jika kamu tidak berani, tolong hentikan dari dakwaan bahawa kamu
merupakan sebuah institusi bebas dan tidak takut dengan orang yang
melakukan rasuah.
No comments:
Post a Comment